Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 22 November 2014

PATRIOTISME...

   


Selamat petang  dan terima kasih diucapkan kepada semua  saudara-saudari  kerana sudi bertandang ke laman blog saya. Saya teruskan nukilan pengalaman saya di blog ini tetapi kali ini saya ingin berkongsi bersama anda semua tentang perkembangan tugasan saya yang kedua iaitu tugasan individu yang bertemakan "Patriotisme". Pensyarah saya, Dr.Rohizah Halim meminta saya dan rakan-rakan sekelas saya untuk menghasilkan sebuah manuskrip yang berpanjangan antara 1000-1200 patah perkataan. Berdasarkan kuliah yang saya pelajari dalam kelas, iaitu bab 2- Proses Penulisan, terdapat lima langkah dalam proses sesebuah penulisan iaitu:
  • Analisis Tajuk
  • Mencari bahan
  • Menulis draf
  • Menyunting
  • Menghasilkan draf penuh
Jadi, sebelum memulakan tugasan saya membuat keputusan untuk mengikuti proses penulisan ini. Pada permulaan tugasan saya telah mengambil masa selama beberapa minggu untuk memikirkan tajuk bagi manuskrip saya. Setelah membelek beberapa buah majalah dan surat khabar agar mampu memberikan idea untuk menentukan tajuk, akhirnya saya memilih "semangat patriotisme kian luntur dalam kalangan remaja" sebagai tajuk kepada manuskrip saya. Setelah meminta pandangan daripada pensyarah saya tentang tajuk tersebut, beliau telah memberikan komen bahawa tajuk tersebut seperti ayat tesis sesebuah penulisan. Selepas itu, saya telah melakukan perubahan pada tajuk dan menjadi    "Kelunturan Semangat Patriotisme". 

Bagi memulakan penulisan saya telah mencari bahan daripada pelbagai sumber seperti majalah, buku-buku ilmiah, surat khabar dan artikel jurnal. Saya telah membaca bahan-bahan tersebut sebelum menghasilkan draf penulisan agar segala pandangan dan penyataan yang akan saya nyatakan dalam penulisan berasas dan berbukti. Pembacaan bahan juga menambahkan ilmu pengetahuan dan memberikan idea kepada saya untuk menulis manuskrip dengan lebih baik. Di samping itu, saya juga membuat keputusan untuk menghasilkan lima perenggan penulisan iaitu tiga faktor yang menyebabkan semangat patriotik semakin luntur dalam diri remaja dan dua implikasi yang akan berlaku kepada negara sekiranya semangat patriotisme pudar dalam kalangan belia.

Setelah melakukan pembacaan terhadap beberapa jurnal ilmiah, akhbar dan majalah saya meneruskan penulisan manuskrip. Sebagai permulaan saya telah mengenalpasti ayat tesis serta ayat topik bagi setiap perenggan isi.
Ayat tesis:
Erti kemerdekaan bagi remaja hanya sekadar di bibir, bukannya pada perasaan dan jiwa.
Ayat topik 1-
Jiwa remaja yang rapuh mudah diprovokasi dengan pelbagai kepercayaan palsu yang menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan pelbagai perkara yang mampu merosakkan kotak pemikiran mereka.

Ayat topik 2-
Kelunturan semangat kemerdekaan juga berpunca daripada kekurangan nilai-nilai murni dan insaniah dalam diri belia.

Ayat topik 3-
Kurang penghayatan terhadap Sejarah negara juga menjadi punca mengapa remaja kini memiliki semangat patriotisme yang kurang.

Implikasi 1
Kelunturan semangat sayang pada negara boleh melonggarkan cengkaman kukuh terhadap kepimpinan negara
Implikasi 2
Kurang penghayatan dan semangat patriotik dalam diri juga membawa kepada sikap tidak mencintai negara.

Berdasarkan ayat tesis dan ayat-ayat topik diatas saya telah menghasilkan sebuah manuskrip yang mempunyai 1,756 patah perkataan. Hasil kerja saya telah ditunjukkan kepada pensyarah saya, Dr.Rohizah Halim. Komen beliau terhadap hasil kerja saya ialah:

  • Wujud masalah pemerengganan dalam penulisan.
  • Tidak menepati format- tidak memerlukan Header
  •  Manuskrip perlu diberi sub-header untuk setiap bahagian.
  •  Rujukan terlalu kurang.
  • Penggunaan bahasa puitis dan ayat-ayat klise harus dielakkan.
  •   Manuskrip kelihatan seperti penulisan popular, bukannya separa ilmiah. 
  •   Penyataan dalam penulisan memerlukan sokongan tokoh atau sumber
  •  Isi terakhir akan lebih sesuai jika menyatakan langkah untuk mengatasi

Draf kedua dihasilkan dengan memperbetulkan segala kesilapan dan komen yang telah dinyatakan oleh pensyarah dan telah ditunjukkan semula kepada beliau pada 30 November yang lepas. Perubahan berlaku pada ayat tesis dan ayat-ayat topik seperti yang berikut :

AYAT TESIS
Erti kemerdekaan pada pemahaman remaja hanyalah di bibir sahaja, bukannya pada jiwa dan amalan. Situasi ini perlu diatasi supaya tidak menjadi lebih serius.

AYAT TOPIK 1
Jiwa remaja yang rapuh dan mudah diprovokasi dengan pelbagai kepercayaan palsu menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan pelbagai perkara yang mampu merosakkan pemikiran mereka.


 






                                                                 



           


AYAT TOPIK 2
Kurang penghayatan terhadap sejarah negara juga menjadi punca remaja kurang patriotik.

     

LANGKAH ATASI 1
Perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

 


LANGKAH ATASI 2
Penambahbaikkan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah



Akhirnya, draf penuh bagi tugasan 2 berjaya dihasilkan selepas beberapa kali suntingan dilakukan oleh saya dan pensyarah saya. Banyak perkara yang saya pelajari sepanjang menghasilkan tugasan ini seperti cara penulisan yang menepati gaya APA edisi keenam  (rujukan dalam teks & rujukan di akhir teks), pemerengganan, gaya bahasa yang berunsurkan ilmiah dan penggunaan penanda wacana yang betul walaupun telah dipelajari di sekolah menengah.



                                                                         



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Blogroll

Blogger Widgets

About

Diari penulisan peribadi tentang kursus Pengantar Penulisan