Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 25 Oktober 2014

AUTOBIOGRAFI...

KENALI SAYA…

Pada tahun 1993, hari rabu 15 Disember tepat pada pukul 5.25 pagi saya dilahirkan di Batu 25, ladang kuala perak iaitu di rumah atuk dan nenek saya. Saya diberi nama Danahletchimy a/p Ganesrau yang membawa erti tersirat sebagai sumber kekayaan. Pada bulan Disember yang bakal menjelma, umur saya akan mencecah genap 21 tahun. Saya merupakan puteri ketiga daripada empat orang adik-beradik kepada pasangan sempurna Encik Ganesrau a/l Simachalam dan Puan Subbamah a/p Simanjalam. Ayah saya menggalas tanggungjawab untuk membesarkan keempat-empat puterinya dengan bekerja sebagai penoreh getah manakala ibu saya pula menguruskan keluarga dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang sebagai suri rumah tangga. Saya merupakan anak kelahiran negeri perak dan kini menetap di bandar ikan patin, Temerloh Pahang.  

Pada waktu senggang, saya suka menonton televisyen dan mendengar lagu. Sekiranya, saya betul-betul minat dengan sesebuah lagu saya akan cuba menulis lirik penuh  lagu tersebut dan menyanyi berulang kali. Selain itu, makanan dan minuman kegemaran saya ialah keow teow goreng panas dan teh cina panas. Kombinasi ini akan memberikan kepuasan pada diri saya seakan saya menjamu selera di restoran bertaraf lima bintang. Tempat yang saya paling gemari adalah Bloemarket, Amsterdam dimana satu-satunya Pasar bunga terapung di dunia. Kesukaan saya kepada bunga dan warna yang pelbagai menyebabkan ia menjadi tempat kegemaran saya dan harap dapat menjejakkan kaki di bumi Amsterdam pada satu hari kelak. Warna kegemaran saya ialah warna biru dan hijau. Secara simboliknya saya suka akan awan dan tumbuh-tumbuhan hijau segar terutamanya pada waktu pagi. Sementelahan itu, permainan yang diminati ialah menunggang basikal dan bermain badminton. Permainan yang saya suka tonton ialah permainan bola sepak dan boling.

     









      


    


Saya telah memulakan alam persekolahan saya dari peringkat tadika iaitu Tadika Little Star di Klang, Selangor sewaktu saya berumur enam tahun. Selepas itu, di atas sebab kesulitan kewangan, keluarga saya telah berpindah ke Pahang. Sekolah Kebangsaan Sungai Lui (SKSL) merupakan sekolah rendah saya dari tahun satu hingga ke tahun enam. Satu perkara unik di sini ialah saya dan adik-beradik saya sahaja pelajar India dan yang lain adalah pelajar Melayu dan Asli . Ini menyebabkan saya mahir berbahasa melayu ala-loghat Negeri  Sembilan. Pencapaian saya sewaktu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ialah 1A2B2C. Pendidikan diteruskan lagi ke tahap sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kemayan (SMKK). Saya mendapat keputusan yang memuaskan semasa Penilaian Menengah Rendah (PMR) iaitu 3A4B. Rentetan daripada ini, saya telah dimasukkan ke dalam kelas aliran sains semasa di tingkatan empat. Walaupun amat sukar dan mencabar bagi diri saya, usaha yang gigih tetap dilakukan dengan memegang peribahasa “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senag kemudian” sebagai prinsip hidup. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya saya hasilkan ialah 3A3B3C. Setelah itu, saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Jenis Kebanggsaan Triang (SMJKT) dalam aliran sains. Langkah yang telah saya ambil di sini untuk mengubah haluan hidup saya ialah dengan menukarkan aliran pendidikan dari aliran sains kepada aliran sastera.

  











  


 Hal ini demikian kerana, saya berpendapat bahawa saya tidak mampu menunjukkan kebolehan dan kemahiran saya secara menyeluruh dalam aliran sains. Semasa saya berada di tingkatan enam atas, saya terpilih sebagai pelajar harapan sekolah iaitu keputusan perlu melepasi target sekolah-3.0 ke atas. Saya mampu meningkatkan potensi diri dan berjaya melepasi target tersebut semasa peperiksaan sebenar. Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2012 saya ialah 3.42 (2A2B). Kini, saya sedang menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM), pelajar semester tiga dan belajar dalam jurusan Komunikasi. Jurusan ini merupakan salah satu pilihan saya sewaktu membuat permohonan IPTA di atas sebab minat dalam dunia media.

  

Kekuatan diri saya ialah kebolehan berbahasa dalam bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Telugu. Saya mudah bergaul dengan orang yang tidak dikenali sebelum ini. Saya akan amat komited kepada tanggungjawab yang diberikan kepada saya dan berusaha untuk melakukannya sehingga memberi kepuasan kepada pihak lain. Di samping itu, saya juga boleh bekerja dalam kumpulan. Sebaliknya, kelemahan diri saya ialah mudah terguris hati dan amat sensitif. Saya amat lemah dalam pemikiran secara kreatif. Sekiranya sesuatu masalah berlaku saya akan mudah gementar sehingga mendapat penyelesaian.


Impian saya ialah untuk melibatkan diri dalam dunia media walaupun sekali. Salah satu usaha yang telah diambil untuk mencapai impian ini ialah dengan memilih jurusan komunikasi. Toyota Harrier merupakan kereta idaman saya. Seterusnya saya juga berminat dalam  kiasan dalaman. Selain bidang komunikasi yang sedang saya pelajari, saya juga mempunyai impian untuk menimba ilmu dalam bidang kiasan dalaman. Akhirnya, cita-cita saya ialah untuk bekerja dalam bahagian sumber manusia. Minat saya terbentuk setelah mempelajari mata pelajaran pengajian perniagaan sewaktu saya  di tingkatan enam.
     







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Blogroll

Blogger Widgets

About

Diari penulisan peribadi tentang kursus Pengantar Penulisan