Apakah yang dimaksudkan dengan
penerbitan?
Menurut Kamus Dewan Bahasa &
Pustaka penerbitan merujuk kepada
pekerjaan atau urusan menerbitkan buku, majalah dan lain-lain. Di samping itu,
penerbitan membawa makna sebarang penyebaran dan pengeluaran maklumat untuk
disampaikan kepada umum. Perlulah diingatkan bahawa penerbitan hanyalah merujuk
kepada penyebaran maklumat sahaja dan bukannya perkara-perkara lain.
Pada pengamatan penulis,
penerbitan secara kasar terbahagi kepada dua bahagian kategori utama:
1)
Bahan bertulis
seperti majalah, akhbar, artikel dan sebagainya. Malah boleh juga dianggap
sebagai penerbitan bertulis ialah artikel-artikel yang disebarkan melalui alam
maya.
2)
Bahan
elektronik seperti siaran televisyen, radio dan juga penyebaran maklumat
melalui kaset, video dan cakera padat. Ia melibatkan program-program seperti
berita, dokumentari, filem, drama, ceramah, lagu dan sebagainya.
Terdapat beberapa jenis
penerbitan:
1)
Penerbitan
dalam talian:
Bermaksud maklumat
dihasilkan dan dipaparkan dalam internet. Maklumat-maklumat ini boleh terdiri
dalam bentuk teks biasa, gambar dan audio. Merupakan satu proses yang
mengunakan komputer dan beberapa jenis perisian bagi menggabungkan teks dan
grafik untuk tujuan penghasilan dokumen yang berasaskan Web. Misalnya, majalah
online, newsletter, database dihasilkan dengan menggunakan internet sebagai
medium penerbitan.
2) Penerbitan
elektronik:
Menurut Herbet R. Brinberg (1984)
penerbitan elektronik adalah penghantaran maklumat melalui komputer daripada
peruncit kepada pengguna secara terus menerusi system komunikasi berangkaian (
network).
Manakala, Joost Kist (1987) pula
menjelaskan bahawa penerbitan elektronik adalah aplikasi penerbit yang
melibatkan proses pengkomputeran, bila mana kandungan informasi dijumpai,
digarap, dibentuk, disimpan, dikemaskini untuk memnuhi keperluan pengguna yang
telah dikenalpasti.
Grolier merumuskan bahawa
penerbitan elektronik boleh dikategorikan kepada dua bentuk iaitu :
1-
maklumat
yang disimpan dan dipusatkan ke dalam Sumber Pengkomputeran Sepusat (Centralised Computer Source) dan dibekalkan kepada pengguna menerusi system
telekomunikasi.
2-
maklumat
disetorkan dalam bentuk digital atau apa jua bentuk bahan fizikal lain sebagai
medium pembekalan maklumat kepada pengguna. Kategori ini yang meliputi pusat perkhidmatan penerbitan dalam
talian dan video teks dianggap sebagai platform aplikasi penerbitan elektronik
yang aktif masa kini.
3) Penerbitan kendiri:
Merupakan penerbitan yang dilakukan oleh penulis sesebuah bahan
itu sendiri tanpa melibatkan mana-mana penerbit luar. Penerbitan secara kendiri
juga digelar sebagai penerbitan peribadi. Penulis itu sendiri bertanggungjawab
ke atas segala proses penerbitan. Aktiviti seperti penghasilan buku, reka
bentuk muka depan, format, harga, pengedaran, pemasaran dan perhubungan awam
semuanya dilakukan oleh penulis itu sendiri. Contohnya, e-book, pamphlet,
broser jualan dan websites diterbitkan secara kendiri.
4) Web Publishing:
Penerbitan melalui web adalah proses menerbitkan sesuatu hasil
penulisan di internet. Ia termasuk memuat naikkan laman web, mengemaskini laman
web, blog dan menghantar dalam talian. Kandungan yang diterbitkan termasuk
teks, imej, video dan lain-lain media. Sekiranya hasil penulisan dimuat naik di
laman web sosial seperti Facebook dan Twitter, ia tidak dianggap sebagai Web
publishing kerana kebiasaannya dilakukan di laman yang lebih rasmi.
5) Desktop Publishing:
'Penerbitan meja atau dalam
bahasa Inggeris Desktop publishing / DTP, adalah proses menyunting dan layout
bahan bercetak untuk tujuan penerbitan, seperti buku, majalah, risalah (brochure), dan seumpamanya dengan menggunakan komputer peribadi. Perisian
penerbitan meja, seperti QuarkXPress, adalah perisian direka khusus untuk tugas
sedemikian. Peraturan sebegitu secara amnya tidak menggantikan pemproses kata
dan aplikasi grafik, tetapi digunakan untuk ( aggregate ) kandungan yang
dicipta dengan menggunakan program tersebut: teks, bitmap graphics (seperti
grafik yang disunting dengan Adobe Photoshop, dan grafik vektor (seperti
lukisan/gambaran yang dibuat dengan menggunakan Adobe Illustrator).
6) Kewartawanan Rakyat:
Kewartawanan rakyat, juga dikenali sebagai kewartawanan masyarakat merupakan
konsep penglibatan masyarakat umum dalam memainkan peranan yang aktif dalam mengumpul,
menulis, menganalisis dan melaporkan berita dan maklumat.
Kewartawanan rakyat bertujuan untuk mewujudkan penglibatan masyarakat dalam
media secara bebas, tepat, relevan yang bertepatan dengan demokrasi.
7) Print-on-demand:
Merupakan satu teknologi pencetakkan dimana buku-buku akan dicetak
setelah ada permintaan diterima. Kebiasaannya dilakukan dalam kuantiti yang
kecil dan menepati permintaan. Kaedah ini mula diaplikasikan setelah kewujudan
pencetakkan digital.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan