Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 14 November 2014

Coretan Pengalaman sewaktu Wawancara


Salam sejahtera…kawan-kawan…apa khabar, harap Tuhan merahmati kita semua. Baiklah rakan pembaca blog yang saya hargai sekalian, coretan pengalaman saya mewawancara En.Fadzil Husin akan diteruskan  lagi. Sebelum saya meneruskan lagi perkongsian pengalaman saya di sini, saya ingin menyatakan kepada rakan-rakan sekalian bahawa tema tugasan kami telah diubah kerana tidak sesuai dengan pengalaman yang diceritakan oleh En.Fadzil. Sebelum ini kami menetapkan tema tugasan sebagai “pengalaman lebih penting daripada taraf pendidikan untuk menjamin bidang kerja yang luas”. Namun demikian, setelah mendengar penjelasan dan alasan En.Fadzil menukar haluan hidup beliau pada perjumpaan pertama, kami mendapati bahawa tema kami yang awal tidak relevan lagi. Sebaliknya, terdapat sebab lain daripada tanggapan kami terhadap peralihan tersebut.
 Jadi untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut kami membuat keputusan untuk mengadakan perjumpaan kali kedua bersama En.Fadzil. Malangnya, beliau tidak boleh meluangkan masa bersama kami di atas sebab kesibukkan kerjanya. Walaubagaimanapun En.Fadzil tetap menolong kami dengan memberikan kebenaran kepada kami untuk bertanya dengan isterinya, Puan Masanita dengan lebih lanjut. Jadi, kumpulan kami menyediakan beberapa soalan yang dapat memberikan penerangan kepada segala keraguan yang timbul semasa membuat tugasan. Pada masa ini juga kami cuba menggunakan peluang ini untuk bertanya tentang pendapat Puan Masanita terhadap profesion En.Fadzil sebagai pensyarah yang telah beralih dari bidang logistik sebelum ini.
Bagi mengetahui sebab dan tujuan En.Fadzil berbuat demikian kami menyediakan pelbagai soalan untuk ditujukan kepada Puan Masanita. Secara peribadi, saya bertanggapan bahawa sekiranya alasan beliau relevan, ia boleh dijadikan teladan dan saya akan cuba belajar sesuatu daripadanya. Salah satu persoalan yang ditujukan kepada Puan Masanita ialah “mengapakah En.Fadzil meniggalkan dunia perindustrian dan melibatkan diri dalam institusi pendidikan?" Melalui soalan ini kami berharap bahawa kami mampu mencungkil keluar alasan sebenar En.Fadzil melangkah masuk ke dalam dunia pendidikan. Menurut beliau, faktor yang mendorong En.Fadzil untuk memilih bidang akademik ialah disebabkan minat dan komitmen En.Fadzil dalam mencapai sesuatu yang diminati walaupun perkara itu di luar kemampuan beliau. En.Fadzil akan berusaha untuk mencapai impian beliau dan akan menumpukan sepenuh fokus beliau untuk mencapainya. Bagi En.Fadzil usaha yang gigih dan setia mampu membawa kejayaan yang cemerlang. Oleh itu, faktor ini memainkan peranan penting dalam mengubah pemikiran En.Fadzil sehingga beliau menjadi pensyarah. Daripada kata-kata ini, saya juga berpendapat sama seperti En.Fadzil bahawa usaha merupakan kunci utama kejayaan bagi seorang pelajar, tanpa usaha kejayaan tidak boleh dimiliki.
Selain itu, Puan Masanita juga berkongsi tentang sebab En.Fadzil sedang melanjutkan pelajaran ke tahap Falsafah Kedoktoran walaupun beliau telah mencecah umur 47 tahun. Alasan yang diberikan masih berkait rapat dengan minat beliau terhadap pendidikan untuk menghabiskannya ke tahap yang tertinggi. Falsafah kedoktoran merupakan impian beliau sejak dulu lagi, namun disebabkan beberapa kekangan yang tidak boleh dielakkan seperti faktor kewangan, masa dan tanggungjawab beliau kepada keluarga menyebabkan beliau mengambil masa untuk melanjutkannya. Kini, setelah anak-anak beliau sudah besar dan masing-masing membuat pengajian di institusi pendidikan awam, maka beliau rasa masa ini merupakan masa yang paling sesuai untuk beliau melanjutkan pendidikan. Maka, setelah meluangkan masa bersama Puan Masanita kumpulan saya dengan sebulat suara membuat keputusan untuk menukarkan kandungan penulisan biografi kami lebih berunsurkan kepada tema “Cinta akan Pendidikan”.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Blogroll

Blogger Widgets

About

Diari penulisan peribadi tentang kursus Pengantar Penulisan