Hello semua…Salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Secara khususnya, blog ini dikhaskan sebagai diari peribadi saya untuk subjek pengantar penulisan yang diajar oleh pensyarah saya iaitu DR. Rohizah Binti Halim. Dalam blog ini saya diminta untuk menceritakan tentang perkembangan tugasan yang diberikan. Terdapat dua tugasan yang telah diberikan iaitu tugasan satu (Kumpulan) dan tugasan kedua (Individu). Jadi, kali ini saya ingin menceritakan tentang perkembangan tugasan satu yang bertajuk “Penulisan biografi tokoh tempatan”.
Pada
perjumpaan pertama dengan pensyarah, kumpulan kami telah mengadakan satu perbincangan
tentang cadangan tokoh yang bakal kita pilih untuk mewawancara serta menyatakan
cadangan tajuk wawancara. Tokoh yang kumpulan kami pilih ialah Encik Fadzil Bin
Husin, pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) di bawah kategori tokoh
akademik. Tema bagi wawancara ini telah diberikan iaitu Biografi tokoh. Jadi
kami dikehendaki memilih tajuk wawancara bersesuaian dengan tokoh yang akan
dipilih. Maka, tajuk wawancara yang dipersetujui oleh kumpulan kami secara
sebulat suara ialah “pengalaman lebih penting daripada taraf pendidikan untuk
menjamin bidang kerja yang luas”. Sebab kami memilih tokoh ini untuk memenuhi
kehendak tugasan kerana beliau sanggup bekerja sebagai pensyarah sedangkan
dengan tahap pengalamn yang beliau miliki beliau boleh bekerja di sektor
swasta ataupun terus kekal dalam bidang logistik kerana gaji yang lebih lumayan
boleh diperolehi berbanding profesion pensyarah di UUM.
Setelah
perbincangan dilakukan, kami telah mendapat komen terhadap hasil kerja kami
daripada pensyarah. Komen yang diberikan kepada kumpulan kami ialah kumpulan
kami perlu betul-betul mengetahui sebab tokoh menjadi pensyarah walaupun ada
pengalaman yang lebih luas dalam bidang lain. Adakah kerana beliau minat akan
kerjayanya sebagai pensyarah? Ataupun, adakah kerana beliau memang suka menjadi
tenaga pengajar?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan