Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 2 November 2014

Pengalaman mewawancara En.Fadzil Husin



Hello semua sahabat pembaca blog … apa khabar? Harap semua dalam keadaan sihat walafiat…dan saya juga pada masa yang sama ingin berterima kasih kepada Tuhan Yang Maha Kuasa kerana memberikan saya peluang untuk meneruskan coretan pengalaman dan perasaan saya sepanjang menjayakan tugasan saya dalam blog ini bersama anda semua.
Kita jumpa lagi pada kali ini dalam entri kedua dimana dalam entri ini saya akan menceritakan tentang pengalaman saya mewawancara tokoh akademik pilihan kumpulan saya yang telah pun saya memperkenalkan beliau dengan anda semua pada entri sebelum ini. Yang lain tak bukan beliau ialah En.Fadzil Bin Husin dan hari ini saya ingin memperkenalkan kepada anda semua dengan gambar, beberapa butir peribadi serta berkongsi pengalaman beliau agar mampu memberi gambaran yang lebih jelas.
  • Nama beliau ialah En.Fadzil Bin Mohd. Husin.
  • Beliau berumur 47 tahun
  • Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1947 di Kg. Kuala Sungai Limau, Kedah
  • Beliau bertugas sebagai pensyarah dan penyelaras akademik di Pusat Pengajian Eksekutif (PPE)
  • Taraf pendidikan beliau ialah sehingga peringkat Sarjana Muda dan kini masih belajar hingga ke peringkat Falsafah Kedoktoran.
  • Prinsip hidup : sekiranya kita melakukan sesuatu, ianya perlu dilakukan dengan penuh kesungguhan.
                          
  















Jadi, itu adalah serba sedikit latar belakang tentang tokoh saya. Pengalaman saya mewawancara beliau adalah cukup bermakna dan mencabar. Pada mulanya, amat sukar untuk mendapatkan persetujuan daripada beliau untuk membahagikan masa untuk kami mewawancara En.Fadzil.
Kami cuba menghubungi beliau untuk beberapa kali dan jawaban yang sering diberikan adalah beliau sedang bermesyuarat dan tidak ada masa untuk meluangkan bersama kami. Akhirnya, kami berjaya juga mendapatkan temu janji bersama beliau pada percubaan kali ketiga. Pada kali ini juga, En.Fadzil memberitahu kami bahawa beliau ada mesyuarat bersama ketuanya, tetapi beliau sanggup membatalkannya dan memberi sebab bahawa kami memerlukan pertolongan beliau dan beliau perlu tolong orang yang mengharapkannya.
Jadi, kami cuba menggunakan sebaik mungkin masa yang kami perolehi untuk meluangkan bersama En.Fadzil. Pelbagai soalan ditujukan kepada beliau yang boleh membantu kami memenuhi keperluan tugasan serta tema kami. Komitmen dan kesungguhan En.Fadzil dalam menjawab segala persoalan kami adalah cukup baik. En.Fadzil berkongsi tentang haluan kehidupan beliau dari beliau mula memulakan pelajaran hingga ke tahap kini iaitu, Kedoktoran Falsafah. Pelbagai liku-liku kehidupan yang telah beliau hadapi untuk mencapai kedudukan hari ini. 
Sebelum menceburkan diri dalam bidang akademik, En.Fadzil bertugas sebagai seorang Pegawai Kastam selama tiga tahun di Kuala Lumpur. Setelah itu barulah beliau mula menceburkan diri dalam bidang akademik bermula tahun 2004 dengan memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Logistik dan Pengangkutan selama 3 tahun di UUM. En.Fadzil juga merupakan individu yang bertanggungjawab untuk membentangkan semua sukatan pelajaran yang berkaitan dengan Logistik dan Pengangkutan di Kementerian Pengajian Tinggi. Beliau menceburkan diri dalam bidang akademik kerana dapat memberikan sumbangan yang bernilai dan pada masa yang sama berpuas hati sekiranya dapat memberikan ilmu kepada generasi muda yakni pelajar.





Faktor penarik yang menyebabkan beliau memilih bidang akademik ialah disebabkan oleh sikapnya yang suka memberi daripada menerima. Beliau selalu berpesan bahawa bukan semua orang boleh berkongsi kekayaan yang dimiliki oleh mereka dengan orang lain. Hal ini demikian kerana, mungkin disebabkan sesetengah pihak memang tidak mampu ataupun  mereka bersikap kedekut kerana bertanggapan bahawa kekayaan itu boleh berkurangan jika kita berkongsi sebaliknya pengetahuan atau ilmu yang dikongsikan kepada orang lain bukan sahaja menolong orang lain malah pengetahuan kita sentiasa segar dalam ingatan. Itu merupakan pandangan beliau yang memainkan peranan penting dalam mengubah pemikiran En.Fadzil sehingga beliau menjadi seorang pensyarah kini.
Sepanjang En.Fadzil bekerja dalam bidang perindustrian, sebelum menceburi dalam bidang akademik beliau sering merasakan bahawa sesuatu yang tidak kena pada dirinya; berasa dirinya tidak sempurna sedangkan memegang jawatan yang tinggi dan menjanjikan ganjaran ekstrinsik yang lumayan. Walaupun, beliau dilayan secara baik oleh pihak atasan, tempat kerjanya pula kondusif dan rakan sekerja yang ramah mesra tetapi beliau seakan-akan mencari sesuatu yang tidak dapat dijumpai sehingga beliau berhenti bekerja dalam bidang perindustrian.


Bertitik-tolak dari saat itu, En.Fadzil telah sedar bahawa bidang logistik tidak mampu memberikan kegembiraan kepada beliau lalu membuat keputusan untuk menukar haluan hidup. Setelah mengambil masa beberapa bulan untuk membuat keputusan yang muktamad sama ada dia perlu berhenti kerja atau tidak pada masa itu; suara hatinya lebih memihak kepada keputusan untuk meletak jawatan. Sebaik sahaja melangkah keluar dari bidang logistik, dunia pendidikan menjadi tarikan utama bagi Fadzil untuk meneruskan perjalanan kehidupannya. Beliau mula menaruh minat pada profesion pensyarah dan mendapati kepuasan dan minat sebenar beliau adalah lebih terjurus ke dalam dunia pendidikan. Keinginan untuk mengajar serta berkongsi ilmu pengetahuan mula timbul dengan lebih mendadak. Pada pandangan En.Fadzil juga, sejak dari dulu lagi beliau sedang mencari satu peluang untuk mengajar orang lain. Jadi, setelah memasuki ke alam pendidikan pencarian beliau terjawab dan kuliah dijadikan sebagai satu wadah untuk beliau menaburkan ilmu.
Setelah menerokai dunia pendidikan, Fadzil telah mula berasa bahawa pendidikan merupakan satu perkara yang amat mustahak bagi membangunkan potensi diri seseorang. Pendidikan dapat mematangkan seseorang dalam menjalani kehidupan dan mengharungi cabaran yang ditempuhi dengan penuh kental dalam kehidupan. Di samping itu, pendidikan juga boleh menjamin kesejahteraan hidup seseorang sehingga ke akhir hayat kerana pendidikan adalah satu-satunya harta yang tidak pernah habis mahupun berkurang. Minat dan keinginan untuk belajar lebih tinggi menggalakkan Fadzil membuat keputusan untuk menyambung pelajaran beliau ke peringkat yang lebih tinggi setelah memasuki dunia pendidikan. Beliau telah melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Sarjana Muda dan pada masa sekarang sedang meneruskan lagi pendidikan hingga ke tahap tertinggi iaitu Falsafah Kedoktoran.

Sepanjang wawancara dilakukan, halangan yang paling besar kami alami adalah panggilan telefon secara berkali-kali kepada En.Fadzil yang menganggu perkongsian pangalaman dan pandangan beliau kepada kami. Secara keseluruhan hampir setengah jam daripada masa yang diperuntukkan telah digunakam untuk menjawab panggilan. Beliau berkata panggilan tersebut adalah penting dan perlu dijawab. Hal ini demikian kerana, pada waktu itu beliau telah menjadi pengarah kepada satu program yang bakal dijalankan dalam masa beberapa hari lagi.  Beliau sebagai orang yang bertanggungjawab dalam program itu beliau perlu menguruskannya agar tidak menimbulkan apa-apa kekeliruan kelak.
Akhir sekali, beliau telah meminta maaf kerana tidak boleh memberikan komitmen yang baik di atas kesibukkan beliau. Nasihat yang diberikan kepada kami di akhir wawancara adalah untuk berjaya tidak ada jalan singkat dan kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menggapai kejayaan. Setinggi mana pun taraf pendidikan dan status kita, sikap rendah diri sentiasa perlu diamalkan kerana kita sebenarnya adalah kosong sekiranya tidak tahu bagaimana hendak berkelakuan. Banyak perkara yang boleh dijadikan sebagai teladan hasil daripada perbualan bersama beliau dalam masa lebih kurang satu jam setengah. 






















soalan-soalan yang ditujukan kepada beliau:

1. Mengapakah En.Fadzil tinggalkan dunia perindustrian dan melibatkan diri dalam institusi                   pendidikan?
2. Sejak bilakah En.Fadzil menceburkan diri dalam bidang akademik?
3. Kenapa institusi pendidikan menjadi pilihan pertama En.Fadzil selepas meninggalkan                           bidang logistik?
4. Adakah apa-apa pengorbanan yang telah dilakukan oleh En, untuk terus kekal dalam alam                   pekerjaan akademik? jika ada kongsikan
5. Mengapakah En.Fadzil sedang membuat PhD pada usia ini?
6. Siapakah yang menyokong dan membantah keputusan en untuk keluar dari alam                                  perindustrian dan ingin bekerja sebagai pensyarah? Apa andaian En. tentang respon mereka.               (sebab sokong & bantah)
7. Faktor menarik dan penolak En. memilih kerjaya ini.
8. Adakah En. pernah terfikir untuk menukar haluan kerjaya daripada Pendidikan? Beri sebab.
9. En. mempunyai kedua-dua-pendidikan dan pengalaman. Oleh itu, apakah pandangan En.                     terhadap bagaimana pengalaman dan pendidikan akan membantu seseorang untuk menjadi                   pendidik efektif?
10. Apakah yang En.Fadzil rasa sebagai kekurangan pada diri anda yang belum mempunyai                       PhD berbanding orang lain yang mempunyainya?
11. Adakah dari dulu lagi En.Fadzil berminat untuk meneruskan pelajaran ke tahap PhD?                         kalau ye, kenapa tidak berusaha untuk menyambung pelajaran pada masa itu? jika tidak,                       kenapa?
12. kehidupan yang sangat sibuk, kerja yang bertimbun dan tempat kerja di hutan. Walaupun                   menempuhi banyak kesusahan seperti yang dinyatakan di atas, kenapa  masih sanggup setia                  kerja di UUM sehingga sekarang?
13. Bilakah dan detik manakah yang membuatkan En. sedar bahawa itu bukan haluan                                 kehidupannya lalu menjejak kaki ke alam pndidikan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Blogger news

Blogroll

Blogger Widgets

About

Diari penulisan peribadi tentang kursus Pengantar Penulisan