Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 9 Disember 2014

SBLM1023 - PENGANTAR PENULISAN


  • Melalui kursus ini saya telah mempelajari langkah-langkah yang perlu saya lakukan sebelum sesebuah penulisan dimulakan di mana sebelum ini saya tidak melatih diri saya untuk menghasilkan penulisan secara  berperingkat. 
  • Tugasan yang diberikan untuk subjek ini agak mencabar khususnya penghasilan tugasan biografi tokoh tempatan.
  •  Tugasan ini membuatkan saya terfikir bahawa subjek ini seakan berperingkat dua atau tiga ribu sedangkan hanya berperingkat seribu.
  • Pada pandangan saya,  pendedahan secara mendalam telah diberikan melalui kursus ini tentang proses penghasilan sesebuah penulisan 
  • Kuliah tentang perbezaan jenis penulisan  amat membantu saya kerana sebelum ini saya tidak mendedahkan diri saya untuk mengetahui jenis-jenis penulisan tersebut dan menganggap bahawa semua penulisan adalah sama, bergantung pada pengetahuan kita untuk membina ayat secara puitis sewaktu penulisan.
  • Perkongsian cerita, isu semasa, novel, dan tokoh yang berkaitan dengan sukatan kuliah amat menarik minat dan memudahkan saya untuk memahami apa yang sebenarnya ingin disampaikan.
  • Ada kalanya, kebosanan timbul sewaktu mendengar kuliah, jadi sebagai cadangan saya meminta kelas dijalankan dengan memberi latihan praktikal, maksud saya aktiviti dalam kelas.
  • Akhirnya, saya akan cuba memanfaatkan segala pembelajaran dalam kursus ini sepanjang waktu pembelajaran saya lebih-lebih lagi saya sebagai pelajar komunikasi, kemahiran menulis memainkan peranan yang amat penting bagi diri saya.
  • Terima kasih Dr.Rohizah Halim di atas segala tunjuk ajar sepanjang pembelajaran kursus SBLM1023…

                           

 

Blogger news

Blogroll

Blogger Widgets

About

Diari penulisan peribadi tentang kursus Pengantar Penulisan